Monday, April 21, 2008

'poco-poco'

dah lama nyer tak berblogging..dan byk jugak cerita yg ingin dikongsi..

Kehidupan mcm biasa..life goes on as usual..

But now i got the new interest..dancing..yah something that really love to do it..but no time ...and tak de bakat actually..

So the new interest tu ialah...poco-poco..we have classes in our company ..after office hours twice a week. Besides to have fun, it is some form exercise...the result..i lost 1kg..alhamdulliah..ni yg semangat nie..

Below i attached the article about 'poco-poco'..next time insyallah i will paste some photos while in our poco-poco class..

Kesukaan semua golongan

Demikian rangkap pertama lagu `poco-poco' yang tariannya terkenal bukan sahaja di kalangan dewasa, bahkan juga kanak-kanak di seluruh Indonesia.

Asalnya ialah sejenis tarian tradisi yang diperturunkan oleh nenek moyang masyarakat Yospan di daerah Papua dan juga masyarakat Wayase di daerah Ambon.

Gerak tubuh yang berbeza antara dua masyarakat ini akhirnya dicantum dan dikembangkan tanpa nama dan lebih dikenali sebagai `tarian ramai-ramai'.

Nama `poco-poco' itu ditampilkan oleh seniman dari Ternete berdarah Ambon iaitu Arie Sapulette. Beliau melihat seorang gadis sedang menari tarian itu dengan lincah di satu pesta.

Lantas secara tibatiba perkataan `poco-poco' yang membawa maksud gadis yang tubuhnya berisi dan lincah terbit dari mulutnya. Sejak itu, tarian yang ditarikan mengikut rentak gendang itu dinamakan `poco-poco'.

Arie menjadi individu yang bertanggungjawab menggubah lagunya yang turut dinamakan `pocopoco'. Setelah Arie berhijrah ke Jakarta pada 1995, lagunya popular ke seluruh Indonesia apabila dinyanyikan pula oleh penyanyi tersohor Yopie Latul.

Berkembang melangakui sempadan

`Poco-poco' bukan sekadar tarian biasa. Berasal dari daerah kecil Ambon di bahagian Sulawesi Utara, Indonesia, tarian ini digemari oleh semua peringkat masyarakat tanpa mengenal usia.

Daripada kanak-kanak, orang dewasa, nenek tua serta ketua-ketua jabatan dan juga golongan VIP, ia menembusi segenap kampung dan daerah, pejabat-pejabat, hotel berbintang dan seluruh Indonesia. Malah melangkaui sempadan negara hingga dikenali di negara jiran terutamanya Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, ia juga dibariskan sebagai satu agenda untuk titipan kenangan manis di penghujung majlis.

Gerakan asas `poco-poco' pada dasarnya mudah diikuti. Buat yang baru pertama kali mencubanya, jika pun anda sekeras kayu, sekurang-kurangnya langkah tarian ini mudah diikuti. Dua langkah kecil ke kanan, kembali semula ke tempat, lalu langkah diundur satu atau dua langkah, seterusnya melangkah ke hadapan sambil berpusing. Begitulah seterusnya gerakan ini diulang-ulang, hingga si penari selesai memusingkan tubuh ke arah empat penjuru angin lalu kembali semula ke kedudukan asal.

No comments: